Terma & Syarat Penggunaan
Dapur Siswa @ UniMAP
- 1. Pengesahan Tempahan & Had Individu Penggunaan mestilah mengikut tarikh dan slot masa yang telah dipilih. Setiap tempahan adalah bersifat peribadi dan hanya sah untuk penggunaan seorang (1) individu sahaja bagi setiap slot yang didaftarkan.
- 2. Had Masa Penggunaan Pengguna diwajibkan mematuhi had masa yang ditetapkan. Tempoh penggunaan dapur tidak boleh melebihi 20 minit bagi memberi laluan kepada pengguna seterusnya.
- 3. Kebersihan & Peralatan Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebersihan ruang dapur siswa. Bawa bekas atau pinggan sendiri dan kemas kawasan yang telah digunakan sebelum meninggalkan dapur.
- 4. Bantuan & Aduan Sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal atau kesulitan semasa proses tempahan dan penggunaan, sila hubungi pihak pengurusan melalui e-mel di: majlispengetua@unimap.edu.my.